40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur
Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.
Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)
Cina ’Kiasu’ Atau ’Kiasi’ : Tamak Hidup Takut Mati?
Buku Cina ’Kiasu’ Atau ’Kiasi’ : Tamak Hidup Takut Mati?
menawarkan satu pandangan mendalam mengenai masyarakat Cina dari perspektif sejarah, budaya, kepercayaan, dan falsafah hidup mereka. Dengan hampir 500 muka surat, buku ini meneliti asal usul kewujudan bangsa Cina, kepercayaan tradisional mereka, serta bagaimana adat resam dan perayaan membentuk identiti masyarakat Cina hari ini.
Ibn Al-Mubarak: Idola Yang Paling Dicemburui
Buku ini terkandung pengenalan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi kita, dialah ‘Abd Allah bin Al-Mubarak, seorang insan agung dari generasi salaf al-salih yang sangat harum untuk diceritakan. Dahulunya beliau sangat terkenal, malah namanya meniti di bibir orang ramai dan kebaikannya dicemburui para ulama yang soleh. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat RA, kita tidak menemui seorang pun yang memliki kehidupan yang lebih mengagumkan daripada Ibn Al-Mubarak. Allah ta’ala telah menganugerahkan insan ini hampir semua kenikmatan hidup yang diimpikan oleh manusia yang bertakwa.
Islam Adalah Cara Hidup
- Isi kandungan buku ini tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
- Penulisan ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada masyarakat untuk berubah menjadi hamba yang soleh.
- Buku ini sesuai untuk semua peringkat umur malahan amat bersesuaian jika dibacakan di surau-surau atau masjid-masjid.